DASAR PRIVASI Music Pro

Terakhir Dikemas Kini: 2024-06

Dasar Privasi ini menetapkan cara Sony Corporation ("Sony", “kami”, atau “kita”) memproses maklumat anda berkaitan dengan aplikasi "Music Pro" ("Aplikasi").

1. Maklumat yang dikumpulkan oleh Sony

Apabila anda menggunakan Aplikasi tersebut, Sony mengumpul maklumat yang disenaraikan di bawah 1.1 - 1.6 (“Data yang Dikumpul") daripada anda.

1.1 Maklumat pengenalpastian pengguna

  • Alamat e-mel
  • ID Android

<Kaedah pengumpulan>

  • Apabila anda mencipta akaun untuk Aplikasi ("Akaun”), Google akan memberi Sony alamat e-mel akaun Google anda untuk digunakan penciptaan akaun tersebut.
  • Sony mengumpul ID Android secara automatik apabila anda menggunakan ciri berbayar pada Aplikasi.

1.2 Maklumat tentang pembelian anda

  • Sejarah pembelian anda berkenaan Aplikasi melalui Google Play.

<Kaedah pengumpulan>

  • Sony mengumpul maklumat di atas secara automatik apabila anda menggunakan Aplikasi.

1.3 Runut bunyi

  • Runut bunyi (termasuk suara yang dirakam) yang telah anda muat naik melalui Aplikasi

<Kaedah pengumpulan>

  • Sony mengumpul maklumat di atas secara langsung apabila anda memuat naik maklumat melalui Aplikasi.

1.4 Maklumat tentang penggunaan Aplikasi anda

  • Nama model peranti
  • Status penggunaan aplikasi anda
  • Maklumat tentang ranap dan masalah lain

<Kaedah pengumpulan>

  • Jika anda memberi keizinan yang berasingan kepada kami (sila rujuk kepada 2.2), Sony mengumpul maklumat di atas secara automatik apabila anda menggunakan Aplikasi. Pengumpulan ini mungkin berlaku secara berkala atau apabila anda menggunakan ciri tertentu Aplikasi. Masa ini bergantung pada data yang dikumpul.

1.5 Maklum balas tinjauan

<Kaedah pengumpulan>

  • Sony akan bertanya kepada anda sama ada anda ingin mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut menerusi Aplikasi. Jika anda boleh menjawab tinjauan, Sony mengumpul maklumat maklum balas anda.

1.6 Maklumat yang dikumpul melalui Firebase Crashlytics oleh Google dan dilaksanakan pada Aplikasi

  • ID yang dikeluarkan oleh Firebase Crashlytics secara berasingan
  • Maklumat tentang ranap dan masalah lain dikumpulkan melalui Firebase Crashlytics

<Kaedah pengumpulan>

  • Jika anda memberi keizinan yang berasingan kepada kami (sila rujuk kepada 2.2), Sony mengumpul maklumat di atas secara automatik apabila anda menggunakan Aplikasi. Pengumpulan ini mungkin berlaku secara berkala atau apabila ranap atau masalah lain berlaku.

2.Bagaimanakah Sony menggunakan Data yang Dikumpul?

Kami menggunakan Data yang Dikumpul untuk tujuan berikut:

2.1 Memastikan Aplikasi dan Akaun berfungsi

Sony mengumpul dan menggunakan maklumat yang berikut untuk menyediakan Aplikasi dan Akaun. Ini termasuk menyemak status bayaran anda, membuat pemberitahuan yang diperlukan dan menyediakan kemas kini perisian.

<Maklumat yang digunakan untuk tujuan ini>

Maklumat yang disenaraikan dalam 1.1,1.2 dan 1.3

2.2 Menambah baik produk dan perkhidmatan Sony

Jika anda memberikan keizinan yang berasingan, Sony mengumpul dan menganalisis maklumat yang berikut untuk memahami penggunaan Aplikasi anda untuk menambah baik dan membangunkan produk dan perkhidmatan Sony.

<Maklumat yang digunakan untuk tujuan ini>

Maklumat yang disenaraikan dalam 1.4 dan 1.5

Berhubung dengan 1.4, Sony akan mendapatkan keizinan di atas dengan kaedah yang berikut bergantung pada peranti anda.

  • Jika peranti anda ialah telefon pintar "Xperia" kami ("Xperia"), Sony akan mendapatkan keizinan berasingan untuk mengumpul data anda tentang status penggunaan Xperia termasuk Aplikasi dan menggunakan data sedemikian untuk menambah baik dan membangun produk dan perkhidmatan Sony pada halaman tetapan Xperia.

    Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan [Tetapan] > [Perihal telefon] > [Diagnostik Terperinci]

  • Jika peranti anda yang anda gunakan ialah selain Xperia, Sony akan mendapatkan keizinan pada Aplikasi ini.

    Anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan [Tetapan] > [Perihal telefon] > [Diagnostik Terperinci]

Jika anda memberi keizinan yang berasingan Sony mengumpul dan menganalisis maklumat yang berikut melalui Firebase Crashlytics untuk memahami penggunaan Aplikasi anda untuk menambah baik dan membangunkan produk dan perkhidmatan Sony.

<Maklumat yang digunakan untuk tujuan ini>

Maklumat disenaraikan dalam 1.6

  • Anda boleh menarik balik keizinan anda pada bila-bila masa daripada [≡]> (MENU) > [Mengenai] > [Laporan ranap] pada Aplikasi.

3. Siapa lagi yang mempunyai akses kepada Data yang Dikumpul?

Data yang Dikumpul yang disampaikan kepada dan disimpan oleh Sony akan tersedia kepada entiti yang berikut:

3.1 Pembekal khidmat

Sony mungkin menggunakan pembekal khidmat pihak ketiga untuk memproses Data yang Dikumpul bagi pihaknya untuk tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini. Pihak tersebut termasuk pembekal khidmat IT dan pembekal pengehosan data.

3.2 Penasihat profesional

Sony boleh mendedahkan Data yang Dikumpul kepada juruaudit atau perunding luar yang serupa seperti peguam atau penasihat cukai, untuk mempertahankan dan melaksanakan hak undang-undang kami (cth., menguatkuasakan pematuhan terma penggunaan) dan untuk membantu kami memenuhi kewajipan undang-undang kami.

3.3 Pemindahan perniagaan

Sekiranya Sony menjual atau memindahkan sebahagian atau semua perniagaannya, Data yang Dikumpul mungkin dipindahkan oleh Sony kepada entiti pembelian atau pemerolehan sebagai sebahagian daripada urus niaga.

3.4 Pihak Berkuasa Kerajaan/ Pegawai Penguatkuasa Undang-undang

Data yang Dikumpul boleh didedahkan kepada pihak berkuasa kerajaan dan/atau pegawai penguatkuasa undang-undang jika dikehendaki oleh undang-undang atau jika perlu untuk kami melindungi kepentingan sah kami, atau kepentingan orang lain, dengan mematuhi undang-undang terpakai.

4. Pemindahan Data yang Dikumpul di peringkat antarabangsa dan Keizinan untuk pemprosesan

Data yang Dikumpul boleh diproses, disimpan dan dipindahkan dari negara/rantau tempat tinggal anda kepada negara/rantau di luar negara/rantau tempat tinggal anda, termasuk khususnya Jepun dan Amerika Syarikat. Kami menggunakan pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk perjanjian perkongsian data, untuk memastikan tahap perlindungan Data yang Dikumpul memuaskan. Dengan menggunakan Perkhidmatan itu, atau memberi kami sebarang maklumat, anda memahami sepenuhnya dan bersetuju dengan pemindahan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat anda ini di Amerika Syarikat, Jepun dan bidang kuasa lain, di mana undang-undang privasi mungkin tidak menyeluruh seperti yang terdapat di negara tempat anda tinggal dan/atau menjadi warganegara.
Selanjutnya, mahkamah, penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa lain di negara/rantau di luar kediaman anda mungkin berhak untuk mengakses Data yang Dikumpul selepas pemindahan.
Ini mungkin menjejaskan hak anda dalam bidang kuasa tempatan anda dan juga dalam bidang kuasa luar negara yang berkenaan. Bidang kuasa luar negara ini juga mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, seperti pihak berkuasa luar negara.

5. Keselamatan

Sony berjanji untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan munasabah yang direka bentuk untuk melindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan Data yang Dikumpul. Walaupun Sony berusaha untuk melindungi Data yang Dikumpul, Sony tidak dapat menjamin atau mewajarkan keselamatan mana-mana Data yang Dikumpul yang dihantar kepada Sony menerusi Aplikasi atau yang disimpan oleh Sony pada sistemnya atau yang disimpan pada sistem kontraktor pihak ketiga Sony.

6. Pengekalan Data

Sony akan mengekalkan Data yang Dikumpul selama 5 tahun selagi perlu untuk perhubungan dengan anda dan untuk meneruskan tujuan yang diperincikan dalam "2. Bagaimanakah Sony menggunakan Data yang Dikumpul?" atau dalam hal lain yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai.

Sila ambil perhatian bahawa Sony boleh mengekalkan Data yang Dikumpul untuk tempoh yang sesuai, jika perlu, untuk bertindak balas terhadap permintaan atau pertanyaan anda, untuk mengesan, mencegah, menangani dan menganalisis isu keselamatan atau teknikal, atau setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.
Jika Sony tidak lagi perlu mengekalkan Data yang Dikumpul, kami sama ada akan menyahnamakan atau memadamkan data mengikut dasar keselamatan maklumat kami.

7. Dasar Berkenaan Kanak-kanak

Sony komited untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan Data yang Dikumpul berkenaan kanak-kanak, termasuk Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak di Amerika Syarikat dan perundangan tempatan terpakai di negara/rantau lain. Aplikasi disediakan untuk khalayak umum, Aplikasi tidak disasarkan kepada atau tidak mengumpul maklumat daripada kanak-kanak secara sengaja. Bergantung pada negara/rantau tempat tinggal anda, had umur kanak-kanak ini mungkin berbeza. Jika anda seorang ibu bapa atau penjaga yang bimbang sekiranya anak anda telah memberikan maklumat peribadi kepada Sony (seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang berkenaan), anda perlu menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.

8. Hak Privasi

Di sesetengah negara/rantau, anda mempunyai hak tertentu berkenaan dengan Data yang Dikumpul tentang anda oleh Sony atau Ahli Gabungan Sony. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda mungkin mempunyai hak untuk mengakses Data yang Dikumpul tersebut; mengehadkan penggunaan Data yang Dikumpul tersebut; membantah atau menarik balik persetujuan untuk memproses Data yang Dikumpul tersebut; membuat pembetulan Data yang Dikumpul tersebut jika tidak tepat atau tidak lengkap; permintaan untuk memadamkan Data yang Dikumpul tersebut, termasuk ketanpanamaan Data yang Dikumpul; dan/atau meminta kami untuk memberi salinan Data yang Dikumpul tersebut kepada anda, atau organisasi lain yang dicalonkan oleh anda, dalam format berstruktur dan boleh dibaca oleh mesin.
Jika anda ingin menggunakan mana-mana hak ini, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam “12. Maklumat Hubungan”.
Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami mengendalikan soalan, kebimbangan anda atau mempunyai sebarang aduan tentang cara kami memproses data peribadi, anda berhak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan perlindungan data tempatan dan hak perlindungan diri yang lain mengikut undang-undang yang berkenaan.
Hak ini mungkin terhad, contohnya sekiranya dengan memenuhi permintaan anda akan mendedahkan maklumat peribadi tentang orang lain, atau jika anda meminta kami memadamkan Data yang Dikumpul yang perlu disimpan menurut undang-undang atau mempunyai kepentingan sah yang wajib disimpan oleh Sony.
Jika anda menarik balik persetujuan anda untuk mana-mana atau semua penggunaan Data yang Dikumpul, bergantung pada jenis permintaan anda, kami mungkin tidak dapat lagi menyediakan produk dan/atau perkhidmatannya kepada anda. Di samping itu, terdapat beberapa keadaan di mana kami tidak perlu memberi akses kepada Data yang Dikumpul kepada anda.

9. Kewajipan

Apabila anda bersetuju untuk memberi data anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa kesemuanya adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Jika anda memberi sebarang data yang berkaitan dengan pihak ketiga kepada kami, anda hendaklah menyatakan kepada kami bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk memberi data mereka kepada kami.

10. Perubahan

Dasar Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa atas sebarang sebab. Kami akan memaklumkan atau meminta persetujuan anda (jika perlu di bawah undang-undang yang berkenaan) tentang sebarang perubahan pada Dasar Privasi ini. Berkenaan pemberitahuan, ia mungkin dihantar kepada anda melalui saluran yang berbeza, contohnya, notis di tapak web kami atau pemberitahuan pada Aplikasi.

11. Notis Tambahan

[Untuk Penduduk di rantau Asia & Oceania]

Dengan bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menganggap Sony atau Syarikat Sony Group bertanggungjawab langsung terhadap apa-apa aduan atau ganti rugi yang berkaitan dengan pemprosesan Data yang Dikumpul oleh entiti yang memperoleh sekiranya berlaku “3.4 Pemindahan Perniagaan” bagi Dasar Privasi ini.

12 Maklumat Hubungan

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan mengenai Dasar Privasi ini, atau jika anda ingin menjalankan mana-mana hak undang-undang yang anda miliki berkenaan dengan Data yang Dikumpul, sila hubungi kami di www.sony.net/SonyInfo/Support/

BAGI PENDUDUK DI KOREA
Sony Corporation akan menetapkan wakil domestik menurut peraturan tempatan Korea seperti yang berikut.
Nama: Sony Korea Corporation (pengarah wakil: Okura Kikuo)
Alamat: 24F, One IFC, 10 Gukjegeumyung-Ro, Yeongdeungpo-Gu, Seoul, Korea
Maklumat hubungan: 02-1588-0911/sokprivacy@sony.co.kr

UNTUK PENDUDUK DI NEGARA ATAU WILAYAH LAIN:
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang cara kami memproses data anda, anda boleh mendapatkan butiran perhubungan kami di bawah atau di tapak web Syarikat Kumpulan Sony tempatan anda di:
Untuk Mexico, Amerika Tengah dan Selatan serta Caribbean:
Pejabat Privasi Amerika Latin Serantau di https://www.sony-latin.com/locale-selector
Afrika dan Timur Tengah: https://www.sony-mea.com/en/locale-selector
Asia & Oceania: http://www.sony-asia.com/countryselector.html